Selasa, 1 Februari 2011

coretan diri

salam...

kepada pembaca yang budiman, coretan diri ini adalah untuk memperlihatkan kehidupan dan pengalaman diri aku sendiri...ianya adalah kisah hidup aku alami dulu dan sekarang.Dari aku kecil hinggalah sekarang.Walaupun aku tiada pengalaman dalam penulisan tapi aku cuba memaparkan atau menggambarkan kisah hidup realiti seorang insan di bumi Tuhan ini adalah (AKU)..Mungkin pengalaman ataupun kehidupan aku dengan pembaca adakala kebetulan sama..Sebelum aku ceritakan dengan lebih panjang..lebih baik aku perkenalkan diri aku..aku dilahirkan di Tanjumg Karang Selangor,berketurunan Banjar dan dilahirkan pada 20 MAC 1985 pada waktu subuh.Aku anak ke-5 daripada 9 orang adik beradik.Dan diberi nama Mohd Fadhil Noor Bin Hassan.Dengar cerita dari emak lahirnye nama aku diberi oleh kawan ayah aku.Emak aku tidak berkerja dan ayah aku pula hanya kerja sebagai buruh di MARDI.Almaklumlah zaman dulu memang susah..bah kata pepatah melayu 'kaih pagi makan pagi, kaih petang makan petang.

Babak 1

Emak....???emak sorang insan yang sangt tabah dan penyabar.Dalam kehidupan emak tidak pernah kenal erti jemu untuk membesarkan anak-anak dia.walaupun halangannya terlalu besar untuk dia tembuh.Mungkin kalau aku duduk ditempat emak aku tidak mampu untuk menjadi dan memikul bebanan yang dia harus redah.Beliau membesar tanpa ayah dan emak.Dari kecil beliau tidak dapat belai manja lebih dari seorang ayah.Ayah beliau meninggal sejak beliau berumur 2 tahun.Dan beliau hidup bersama emak dan seorang abang serta adik perempuan.Sejak ayahnye tiada kehidupan sekeluarga mereka semakin susah.Dan emak beliau menerima tekanan perasan sehingga menyebabkan perubahan emak beliau dari lemah lembut ke garang dan menjadi seorang yang panas baran.Dari tekanan emak beliau telah meninggal dunia disebabkan kanser hati.Sebelum emak beliau menlafazkan nafas terakhir emak beliau telah memberi anak-anak beliau kepada saudara-saudara terdekat untuk menjaga anak-anak beliau.Jadi terpisah la sudah adik beradik emak.

Emak dihantar kerumah makcik saudara dan duduk disana.Pada umur 5 tahun emak sepatutnya dapat belaian  dan bermanja bersama dengan emak dan ayahnya seperti budak-budak yang sebaya dengannya.Tetapi sebaliknya.Tetapi itu la takdir tuhan yang telah tertulis.Kita manusia hanya mampu untuk merancang.Emak dan  ayah dah tiada, ingat dapat la bermanja bersama makcik saudara tetapi harapkan padi tumbuh subur tapi lalang yang tumbuh.Dengan umur sebesar itu emak mampu buat kerja budak yang umur belasan tahun.Bayang kan kanak-kanak yang sebaya beliau hanya mampu bermain anak patung sahaja.Makcik yang menjaga emak berubah seperti cerita donggeng 'bawang putih,bawang merah'.


to be continue....

Selasa, 30 November 2010

newbaby

salam...

bah kata perpatah hamba......
kalau terbang di langit
jangan merasa megah bila ada rasa tinggi di langit

pandang-pandanglah dibawah
jika penat terbang jangan lupa
berehat didahan...

tapi jangan pula hinggap didahan yang rapuh..
pikir-pikir kan la dan selamat beramal.....